Resah gelisah
Hatiku sayu terharu
Resahku pada bangsaku
Ca Ya Nun Alif semakin maju
Ekonomi nasional pesat dipacu
Kontrak pembangunan negara bertaburan
Trak mesin berat kepunyaan usahawan
Nama asing megah tertera besar iklan
Melayu juga jadi rakan-niaga sakan
Berjuta-juta dolar peruntukan kerajaan
Bajet tahunan ditokok-tambah belanjawan
Warga asing sedikit tapi banyak jutawan hartawan
Anak rakyat tempatan majoriti tapi miskin pendapatan
Apa kurangnya bumiputera pembekal?
D.U.I.T ada hanya Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakal
Wang ringgit untuk modal tiada, tak dapat disangkal
Namun semangat kemahuan ada, nah di situ jalan akal!
Keris Warisan
October 12 at 2:21pm



Recent Comments