Interesting Q & A in Malay about sins of a Muslim wife…

1 04 2009

A Malaysian Muslimah Parliamentary Secretary, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, who’s also a Columnist in a Malaysian Daily paper, was replying to a question by a woman reader:

“Suami sibuk kerja, isteri curang

SOALAN (BINGUNG)
SAYA berkahwin 10 tahun dan ada empat anak. Namun pada 2007, saya keluar rumah yang disediakan suami dan kini hidup berpisah. Kini saya tinggal bersama ibu bapa saya. Bagaimanapun, kami belum bercerai.

Antara sebab saya berpisah dengannya:

  1. Suami kurang memberi perhatian kepada saya sejak kami berkahwin kerana sibuk mencari rezeki. Sebelum ini beliau bekerja makan gaji dan pada 2004 dia mula menceburkan diri dalam perniagaan.

Beliau juga sering meminjam duit saya untuk membuat modal pusingan. Nasib kami baik kerana saya bekerja dan sering membantunya. Saya tertekan dengan perbuatan suami sehingga memakinya dan minta cerai. Namun dia enggan dan memujuk saya dengan alasan dia melakukannya demi masa depan keluarga.

  1. Disebabkan perkara di atas, saya berlaku curang terhadapnya. Saya mengaku sayangkan teman lelaki baru saya yang lebih muda lima tahun dan bergelar suami orang. Dia memahami masalah yang saya hadapi.

Alasan saya meninggalkan rumah yang disediakan suami ialah supaya sentiasa dapat berjumpa teman lelaki. Akhirnya suami mengetahui kecurangan saya melalui beberapa keping gambar saya berpelukan dengan teman lelaki.

Dia masih bersabar dan cuba memujuk saya. Ibu bapa saya juga sentiasa memujuk saya supaya kembali kepada suami.

  1. Akibat hubungan ini, isteri teman lelaki saya mengamuk sehingga berlaku perceraian. Suami saya memarahi kami sehingga menampar saya.

Saya minta dia menceraikan saya, tetapi dia enggan. Sejak kejadian itu, suami tidak memujuk saya lagi. Saya juga kini dalam proses memohon tuntutan fasakh.

Adakah saya dikategorikan sebagai isteri nusyuz atau suami saya yang nusyuz, kerana suami mengabaikan saya selama 10 tahun? Orang mengatakan saya isteri nusyuz kerana keluar rumah.

Kini hidup saya tertekan, apabila saya mengetahui ada ketumbuhan di rahim saya. Saya perlu dibedah. Saya juga kini menghadapi asma.

Saya juga dapat tahu perniagaan suami saya semakin maju dan dia kini bahagia dengan hidupnya. Manakala anak di bawah jagaan saya lebih mesra dengan suami.

Diri saya dan teman lelaki saya pula hidup susah. Adakah ini balasan Allah atau kebetulan saja?

Adakah benar taubat dan amalan saya seperti sembahyang, beribadah pada malam hari, puasa, bersedekah, membaca al-Quran tidak akan diterima Allah sehingga mendapat pengampunan daripada suami?

Benarkah isteri nusyuz tidak perlu disembahyangkan jenazahnya? Jika berlaku perceraian, adakah Allah SWT akan menerima taubat dan amalan bekas isteri yang tidak diampunkan dosa oleh bekas suami.

Jika suami meninggal dunia tanpa mengampunkan isterinya, apa akan berlaku kepada si isteri? Hidup saya kini tidak menentu, hati tidak tenteram, seolah-olah saya berserah pada takdir. Apa saya harus lakukan?

BINGUNG
Johor Bahru

JAWAPAN: (YB DATUK DR MASHITAH)
Hidup puan sebenarnya hilang arah dan panduan serta jauh daripada Allah SWT. Saya ingin jawab persoalan pertama mengenai siapa sebenarnya nusyuz atau derhaka. Pada hemat saya, puan perlu faham apa itu nusyuz. Seorang isteri adalah nusyuz bila dia keluar rumah tanpa izin suami.

Puan bukan sekadar keluar rumah tanpa izin, tetapi melakukan dosa besar apabila bersikap curang terhadap suami dengan mencari lelaki lain.

Suami puan pasti berasa sungguh tercabar apabila melihat gambar isterinya berpelukan dengan lelaki lain, namun dia masih sayangkan puan, masih memujuk puan dan tidak menceraikan puan.

Dalam hal ini saya tidak nampak tuntutan fasakh apa yang puan hendak failkan kerana kesalahan itu pada puan dan bukan suami.

Punca perselisihan ini sebenarnya ialah diri puan yang dahagakan kasih sayang dan perhatian suami. Suami pula dalam keadaan mahu memulakan perniagaan dan perlu memberi tumpuan pada perniagaan. Justeru, perhatiannya beralih pada perniagaan dan sedikit mengabaikan puan.

Cara terbaik sekarang ialah balik ke pangkal jalan sebelum terlambat. Puan masih isteri yang sah pada suami. Pergi padanya dan mohon ampun atas segala keterlanjuran. Baliklah pada suami, kecuali jika dia sendiri menolak puan. Mohon ampun dan bertaubat pada Allah SWT atas segala dosa yang pernah dilakukan.

Segala musibah yang puan terima adalah ujian Allah SWT untuk memberi keinsafan. Ibadat seorang isteri umpama tergantung dan tidak sampai pada Allah SWT jika dia derhaka pada suami.

Tiada pula hukum mengatakan sampai jenazahnya tidak disolatkan. Apapun Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat. Justeru, bertaubatlah pada-Nya.”

Ain’t easy to be a good, faithful, obedient and trustworthy wife but much more difficult to be a husband with dignity!

Also great tips on how to be a good Muslim wife by the Yang Berhormat Pehin Mufti: http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/dis98/h_ciri.htm.

PLK


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: