Kur semangat, alum kitani dapat pingat… :(

24 11 2010

Kemalapan sukan negara

Majulah sukan untuk negara!
Inda maju sukan, mundur tah negara?
Inda apa, asal mantap ekonomi negara.
Maju pun sukan, mun nada hasil kepada negara.
Inda jua faedah, belanja bejuta duit negara!
Sinis jua Wang, befikiran miatu demi negara?

Awu, bukan lagi sinis tapi sadis kali ah?
Inda si Awang tau kan otak akal sihat ah,
betampat dalam badan yang sihat kali ah!
Iya tah si Awang fikiran negatif nada besukan nah.
Liat parutmu buntu labu maju ke dapan ah.
Bepenyakitan si Awang, rawatan percuma adirkan jua ah!

Adang tah bekelahi-kelahian ani,
inda baik beucap-ucapan dalam M.I.B.
Miting inda beranti, malar kan hari-hari.
Laporan sukan kana tagih, inda membari-bari.
Alasan paling sanang, “berapa saja rakyat tani?”
Kan belawan negara basar ramai pemberani.

Mana tia semangat juang Pengiran Bendahara Sakam atu?
Sejarah Awang Semaun nada mau kalah beadu!
Pesta Sukan Kebangsaan tahun-tahun betamu.
Sukan Borneo dari dulu sampai ani hala tuju.
Sukan Asia Tenggara atlet negara rangkul Emas satu.
Sukan Commonwealth dan Asia mengkali ikut baru.

Ganya satu saranan kan dihadapkan.
Kan masa ani beribu muda remaja pengangguran.
Kenapa inda dibagi peluang giat besukan?
Satu skim mengasah bakat terpendam patut diadakan.
Jadi belia bekarih belatih lutanan dikelinga sakan.
Inda rugi membelanjai atlet elaun sara hidup, makan.

Mun diliat dari sudut ramai penduduk,
inda disangkal China sebilion labih tepunduk.
Tapi ikut pungutan pingat, teperiduk
jua India sama Indonesia kalah tepuruk.
Jadi inda mustahil atlet Brunei menyuruk,
kipat-kipat bendera negara bekibar, hiruk pikuk.

Keris Warisan


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: